Wednesday, July 22, 2020

SEHARUM MISK KASSTURI

Seharum Kasturi


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد 

 

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَطْيَبُ طِيبِكُمْ الْمِسْكُ

 

Nabi Muhammad SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah misk atau kasturi.”

(Abu Dawud, no. 2746, at-tirmidzi, no. 912).

Namun apakah rahasia, khasiat dan keistimewaan yang terkandung di dalam haruman kasturi sehingga baginda bersabda sedemikian?

Sabda nabi S.A.W:"belajarlah Al-Quran serta bacalah kerana perumpamaan Al-Quran bagi orang yang mahu belajar, membaca dan melaksanakannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat. Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa (mengamalkannya) ,maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup."

(Riwayat at-Tarmizi)

 

Dari 'Aisyah r.a, "Seorang wanita bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang cara mandi dari haid. Beliau lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Beliau bersabda: "Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi lalu bersucilah." Wanita itu bertanya, "Bagaimana aku bersucinya? Beliau menjawab: "Bersucilah dengan kapas itu!" Wanita itu berkata lagi, "Bagaimana caranya aku bersuci?" Beliau bersabda: "Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!" Wanita itu bertanya lagi, "Bagaimana caranya?" Maka Beliau berkata, "Subhaanallah. Bersucilah kamu!" Lalu aku menarik wanita itu kearahku, lalu aku katakan, "Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu." (HR al-Bukhari, no.303)

 

Ramai yang biasa mendengar atau pernah mendengarnya tetapi tidak pernah tahu apa dan dari mana asal-usulnya. Itulah kasturi. Apa sahaja haruman, wangian dan kebaikan akan dikaitkan dengan kasturi. Di atas adalah antara hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan tentang kasturi.

”Ketika aku berjalan di dalam surga, aku berada di sungai yang kedua pinggirnya terbuat dari kubah yang terbuat dari mutiara cekung. Lalu aku bertanya, ‘Apa ini Jibril?’ Jibril menjawab, ‘Ini adalah al-kaustar yang diberikan kepadamu.’ Lalu malaikat memukul dengan tangannya, maka kulihat tanahnya adalah parfum dari minyak kasturi.” (HR Bukhari dan Ahmad).

 

 “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa di sisi ALLAH kelak pada hari kiamat lebih wangi daripada minyak kasturi.” (HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

“ Belajarlah Al Quran dan bacalah ia karena orang yang belajar Al Quran dan menyebutkannya dalam shalat tahajjud adalah seumpama sebuah wadah yang terbuka dan penuh kasturi, baunya semerbak merebak ke seluruh tempat dan seseorang yang telah belajar Al Quran tetapi ia tidur dan Al Quran didalam hatinya adalah seumpama sebuah wadah yang penuh dengan kasturi tetapi tertutup.”  (HR. Tirmidzi, Nasa’I, Ibnu Majah, Ibnu Hiban.)

Diriwayatka oleh al-Tarmidzi daripada Abu Ayub R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W maksudnya,“Empat perkara daripada sunnah Rasul-Rasul iaitu: malu, berwangi-wangian, bersiwak dan nikah” (Hadis Hassan)

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,” katanya..”Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya”.


بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

‏الحياة مثل النهرلاتستطيع أن تلمس نفس الماء مرتين، لأن المياه المتدفقة التي تفوت لن تعود مجددا أبدا، لذا استمتع بكل لحظة في الحياة.

 

Hidup itu seperti sungai, kamu tidak dapat menyentuh air yang sama dua kali, karena air yang mengalir tidak akan pernah kembali, jadi nikmati setiap saat dalam hidup.

Ustadzah Syarifah Aminah Al Attas

No comments:

Post a Comment

Advertisement
Advertisement